
Pada yang belum mengenali, nama saya Nurafiz Miskan. Sesudah habis pengajian di luar negara, saya berkerja sebagai jurutera selama 7 tahun.
Kemudian saya memulakan perniagaan sendiri pada 2023. Perniagaan saya akhirnya tumbang pada awal bulan Julai 2024 baru-baru ini.
Kini saya hilang punca pendapatan dan menanggung hutang bisnes sehingga RM370K. Rakan kongsi ambil sebahagian hutang dan sebahagian lagi saya.
Pada awal kejatuhan, seminggu saya ambil masa untuk tenangkan diri. Kemudian minggu kedua saya mula turun naik bank untuk meminta pengurangan bayaran bulanan pinjaman perniagaan.
Saya juga telah memohon pelbagai kerja menggunakan Ijazah yang saya ada. Tetapi belum ada rezeki.
Sesak, resah, kesal, sempit dan buntu.
Semuanya saya rasa ketika itu apabila hilang punca pendapatan, di tambah pula bebanan hutang bisnes yang banyak.
Dan saya juga masih ada isteri dan 3 anak untuk ditanggung dan juga perlu bayar komitmen bulanan.
Ketika saya sedang mendukung dan mendodoikan anak yang berusia 3 bulan lebih ketika itu, isteri ada buka zikir untuk tidurkan anak di YouTube. Zikirnya seperti di bawah.
Kemudian saya sedar, ketika saya jatuh, tiada siapa yang dapat tolong kecuali Allah.
Waktu kita jatuh, kita meminta dan merayu dekat rakan baik sekalipun mereka tidak dapat menolong.
Hanya Allah yang mencukupi.
Saya ada ikuti kisah tuan Khairul Hakimin Muhammad yang berjaya selesaikan hutang bisnes beliau dari RM4.09juta kepada RM1.65juta.
Beliau memberi inspirasi kepada saya, walaupun hutang bisnes saya tidaklah sebanyak beliau, tapi cukup banyak bagi saya yang kehilangan pendapatan.
Di dalam ebook yang beliau kongsikan, beliau suruh senaraikan apa yang kita boleh buat.
Kemudian saya senaraikan seperti di bawah:
- Saya boleh buat website
- Saya boleh buat sale page
- Saya boleh buat iklan di Facebook
- Saya boleh buat iklan di Instagram
- Saya boleh buat iklan di Tiktok
- Saya boleh buat email marketing
- Saya boleh buat affiliate marketing
- Saya boleh buat copywriting iklan
- Saya boleh buat poster untuk iklan
- Saya boleh buat video untuk iklan
- Saya boleh ambil gambar kahwin
- Saya boleh edit gambar kahwin
- Saya boleh buat album kahwin
Dan seterusnya beliau suruh pilih mana yang kita boleh buat dengan cepat dan terus buat.
Dari situ saya dapat idea untuk bangkit semula, saya boleh share ilmu dan pengalaman berkenaan dengan marketing, saya boleh buat video tutorial atau ebook.
Untuk permulaan saya ada buat Ebook “Lubuk Tersembunyi Di Facebook”.
Di dalam Ebook ini saya dedahkan Lubuk yang ramai peniaga Malaysia di Facebook tak ambil peluang menjual di sini.
Saya bongkarkan habis kepada anda, bagaimana lubuk ini boleh gandakan jualan anda.
Tak kisah anda bayar berapa, RM20 ke RM50 ke, saya terima ja. Anda letak la harga anda. Serendah RM10 pun saya terima.
Setiap pembelian anda juga adalah pertolongan kepada saya. Dan saya juga dapat menolong anda yang minat nak belajar tentang Marketing.
Sebagai tanda penghargaan atas pembelian anda, saya bagi lagi satu Ebook secara PERCUMA yang bertajuk “Cara Buat Tiktok Ads Paling Mudah Tapi Result Luar Biasa”.
Beli ya rakan-rakan,
Semoga urusan kita semua mencari rezeki Allah permudahkan.
Saya amat hargai setiap pembelian dari kalian, dan saya sangat bersyukur walau apapun harga yang kalian letak.
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kepada yang membantu. Semoga Allah murahkan rezeki kalian.
Saya hanya mampu berusaha semampu saya, selain itu saya serahkan semuanya kepada Allah.
Nurafiz Miskan
Sedang Bangkit