
Pada yang belum mengenali, nama saya Nurafiz Miskan. Selepas habis belajar di luar negara pada 2015, saya dapat pekerjaan pertama sebagai jurutera di syarikat swasta dengan gaji permulaan RM2300.
Saya pun mencari dalam internet dan terjumpa sumber yang boleh tambah pendapatan melalui affiliate, dropship & agent.
Waktu ni saya mula belajar banyak berkaitan Marketing seperti membuat website dan pengiklanan berbayar di Facebook, Instagram dan Google.
Kemudian saya mula belajar pengiklanan berbayar lebih serius dengan usahawan yang saya anggap dah berjaya dalam bidang pengiklanan berbayar dan juga dalam perniagaan.
Saya berhenti kerja sebagai jurutera dan mula kerja dengan beliau sebab saya nampak bidang ni memang boleh pergi jauh. Waktu ni saya belajar macam mana nak uruskan pengiklanan sehingga RM200K sebulan.
Kemudian saya memulakan perniagaan sendiri pada 2023. Perniagaan saya akhirnya tumbang pada awal bulan Julai 2024 baru-baru ini.
Kini saya hilang punca pendapatan dan menanggung hutang bisnes sehingga RM370K. Rakan kongsi ambil sebahagian hutang dan sebahagian lagi saya.
Pada awal kejatuhan, seminggu saya ambil masa untuk tenangkan diri. Kemudian minggu kedua saya mula turun naik bank untuk meminta pengurangan bayaran bulanan pinjaman perniagaan.
Saya juga telah memohon pelbagai kerja menggunakan Ijazah yang saya ada. Tetapi belum ada rezeki.
Sesak, resah, kesal, sempit dan buntu.
Semuanya saya rasa ketika itu apabila hilang punca pendapatan, di tambah pula bebanan hutang bisnes yang banyak.
Dan saya juga masih ada isteri dan 3 anak untuk ditanggung dan juga perlu bayar komitmen bulanan.
Ketika saya sedang mendukung dan mendodoikan anak yang berusia 3 bulan lebih ketika itu, isteri ada buka zikir untuk tidurkan anak di YouTube. Zikirnya seperti di bawah.
Kemudian saya sedar, ketika saya jatuh, tiada siapa yang dapat tolong kecuali Allah.
Waktu kita jatuh, kita meminta dan merayu dekat rakan baik sekalipun mereka tidak dapat menolong.
Hanya Allah yang mencukupi.
Saya ada ikuti kisah tuan Khairul Hakimin Muhammad yang berjaya selesaikan hutang bisnes beliau dari RM4.09juta kepada RM1.65juta.
Beliau memberi inspirasi kepada saya, walaupun hutang bisnes saya tidaklah sebanyak beliau, tapi cukup banyak bagi saya yang kehilangan pendapatan.
Di dalam ebook yang beliau kongsikan, beliau suruh senaraikan apa yang kita boleh buat.
Kemudian saya senaraikan seperti di bawah:
- Saya boleh buat website
- Saya boleh buat sale page
- Saya boleh buat iklan di Facebook
- Saya boleh buat iklan di Instagram
- Saya boleh buat iklan di Tiktok
- Saya boleh buat email marketing
- Saya boleh buat affiliate marketing
- Saya boleh buat copywriting iklan
- Saya boleh buat poster untuk iklan
- Saya boleh buat video untuk iklan
- Saya boleh ambil gambar kahwin
- Saya boleh edit gambar kahwin
- Saya boleh buat album kahwin
Dan seterusnya beliau suruh pilih mana yang kita boleh buat dengan cepat dan terus buat.
Dari situ saya dapat idea untuk bangkit semula, saya boleh share berkenaan dengan marketing, saya boleh buat video tutorial atau ebook.
Saya baru sahaja siapkan video tutorial “Belajar Buat Website & Landing Page Sendiri”.
So antara isi kandungan yang saya ajar dalam video tutorial ni ialah:
1. Cara daftar Hosting & Domain
2. Cara nak login ke wordpress
3. Cara Install Plugin Drag & Drop
4. Cara Guna Template
5. Cara Create Landing Page Guna Drag & Drop
6. Cara Tambah Element Percuma
7. Cara Letak Form Dalam Landing Page.
8. Bonus - Sale Meningkat Sebanyak RM262K Hanya Menggunakan Form
1. Cara Daftar Hosting & Domain
Link video tutorial saya letakkan dalam bentuk pdf supaya mudah anda nak akses.
Harga untuk semua Video Tutorial ni hanya RM10 Sahaja.
Setiap pembelian anda juga adalah pertolongan kepada saya. Dan saya juga dapat menolong anda yang minat nak belajar tentang Marketing.
Sebagai tanda penghargaan atas pembelian anda, saya bagi 2 Ebook secara PERCUMA iaitu:
1. Ebook “Lubuk Tersembunyi Di Facebook”.
2. Ebook “Cara Buat Tiktok Ads Dengan Mudah Tapi Result Luar Biasa”.
Di dalam Ebook pertama, saya dedahkan Lubuk yang ramai peniaga Malaysia di Facebook tak ambil peluang menjual di sini. Saya bongkarkan habis kepada anda, bagaimana lubuk ini boleh gandakan jualan anda.
Ebook kedua pula, saya tunjukkan cara buat Tiktok Ads paling mudah tapi result sangat luar biasa. Saya kongsikan sekali Result dan Real Case Study.
Beli ya rakan-rakan,
Semoga urusan kita semua mencari rezeki Allah permudahkan.
Saya amat hargai setiap pembelian dari kalian.
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kepada yang membantu. Semoga Allah murahkan rezeki kalian.
Saya hanya mampu berusaha semampu saya, selain itu saya serahkan semuanya kepada Allah.
Nurafiz Miskan
Sedang Bangkit